Assalamualaikum…
Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi singgah di blog
saya yang tak semenggah manapun ini …semoga kalian semua dalam keadaan yang
sihat ye …..mungkin ramai yang sihat tubuh badan tapi poket???…emmm…sendri tau
la…hahaaa kannn…
Saya sendiri macam kawan2 juga pada suatu ketika dahulu,,mencari
sana-sini macam-macam maklumat yang nak di ‘install’kan dalam kepala ni..aduiii
yai…akhirnya ..hampehh,mana tak nye asyik cari je bila nak mula..hahaaaa
Tak pe yang penting semangat and usaha tu..jgn give up…
Ok..pasti kawan2 semua dah terlalu banyak sgt input yang
masuk dalam minda kawan2 kan??sampai dah tak tahu nak buat yang mana dan nak
mula dari mana…
Saya hanya bercakap base on my experience la kan…saya
bukannya sape2 pon..bukan belajar tinggi2 pun..nak mengajar tu jauh skali
la..haaahaa
Cuma saya boleh kongsikan sedikit dari apa yang saya lalui
dan saya telah buat…pada mulanya memang saya ghairah nak buat duit ni…kene plak
cara yang mudah..ye la kan..semua bende nak kene cepat takut2 kita ketinggalan..itulah
yang saya fikir mula2 dulu…sampai apa yang saya buat semuanya secara senyap2
tak bagi kawan2 lain tau..mana taknye perasaan nak cekau semua la konon…..nak
kita sorang je yg berjaya…kalau boleh jaukan ye sikap macam tu…
Bila seseorang berfikiran begitu
bukan apa..dia lupa yang mana selagi kita memberi itulah sebenarnya yang kita punya..manakala yang kita ambil belum tentu hak kita…
Saya bukan lah pandai sgt nak bagi tips2 ni..rasanye kawan2
diluar sana lagi banyak ilmunya…Apa yang boleh saya katakan ialah kita kene
buang dulu semua perkara negetif yang ada dalam diri tu…kemudian pastikan minat
kita yang mana..jangan la kerana fikirkan nak jana pendapatan sampai kita
sondol je apapun..bukan apa,cumanya kalau kita tak dapat apa yang kita
nakkan,takut2 kat situ timbulnya rasa giveup tu..dan mulalah kita akan
persalahkan semua disekeliling kita sampaikan kita dah tutup peluang untuk diri
sendiri.,,no..no..no
Ye!!! ilmu memang sgt penting dalam apa perkara yang kita
hendak lakukan…pastikan kita hadam satu2 perkara tu dengan sgt teliti…jangan
cedok banyak perkara sangat..kalau boleh kita fokus satu2 dulu perkara yang
kita nak mulakan tu…kan kita tahu banyak idea yang kita boleh dapat dengan
google search je kannn..memang terlalu banyak idea tu..cuma persoalannya adakah
ianya sesuai untuk kita atau tidak…mampu ke kita?? dah ada ilmu betul2 ke
tentang idea2 tu???
Jangan sesekali cepat terpengaruh dengan pujukan rayuan
mereka2 yang mengajak kita join dlm bisnes yg mereka buat tu…bukan kata bisnes
tu tak bagus…cumanya bagus ke idok untuk kita…
Pada saat ini..kawan2 kene pilih satu je dulu..yang mana betul2
dekat dihati,,khatamkan perkara itu…dan yang penting kene mulakan
tindakan..dekat situ kawan2 akan jumpa guru yang sebenar-benarnya…jangan takut…selagi
kawan2 tak mulakan perjalanan manakan tahu apa yang ada didepan.
Buat masa ini cukup dulu sampai disini..InsyaAllah saya akan
teruskan coretan dan perkongsian yang lain..Moga bermanfaan untuk semua.
Sampai jumpa lagi.